Kecemerlangan klinikal dipandu empati

Kecemerlangan klinikal dipandu empati

Pelajar MBBS Taylor’s University dibentuk supaya menjadi doktor yang mampu menyesuaikan diri bagi menghadapi dunia moden.

Dr Nicole Gan Wei Wei (kiri) dan Dr Angus Ong Qi Chwen adalah graduan program sarjana muda perubatan, sarjana muda pembedahan (MBBS) Taylor’s University.
PETALING JAYA:
Perjalanan bergelar seorang doktor kini semakin kompleks dengan sistem yang begitu rumit dan mencabar, jadi apakah mendorong seseorang untuk memilih jalan ini?

Bagi Dr Nicole Gan Wei Wei dan Dr Angus Ong Qi Chwen, jawapannya terletak pada keinginan mereka untuk berkhidmat kepada komuniti.

Gan memilih menjadi barisan hadapan di hospital manakala Ong memilih laluan penyelidikan kesihatan global. Walaupun berbeza industri, kedua-dua perjalanan ini bermula daripada asas sama iaitu program sarjana muda perubatan, sarjana muda pembedahan (MBBS) di Taylor’s University.

Latihan awal tingkat skil klinikal

Kurikulum MBBS dibahagikan kepada dua fasa: dua tahun pertama adalah masa pelajar fokus kepada asas sains yang kukuh, diikuti latihan klinikal sambil belajar selama tiga tahun. Pelajar akan ditempatkan di hospital dan pusat penjagaan kesihatan diiktiraf untuk mendapatkan pendedahan kepada sistem perubatan yang menyeluruh, dan menjelang tahun ketiga mereka diperakui sebagai first responders dengan kemahiran kecemasan asas.

“Latihan klinikal membantu saya menjadi seorang yang mampu bekerja bawah tekanan sambil memastikan rawatan diberi adalah selamat dan berkualiti,” kata Gan yang kini bertugas di Jabatan Obstetrik & Ginekologi (O&G) di hospital kerajaan.

Melahirkan doktor bersifat empati

Latihan perubatan di Taylor’s University menekankan kepentingan memahami kehidupan pesakit dengan lebih mendalam. Khidmat masyarakat luar bandar, klinik bandar, dan simulasi memberi peluang kepada pelajar mengasah sifat empati dan kemahiran berkomunikasi.

“Ketika kami berkhidmat di komuniti luar bandar, saya sedar ramai yang tidak memahami istilah asas mengenai kesihatan. Justeru, pengalaman ini mengubah cara saya menerangkan sesuatu kepada pesakit. Sekarang, saya menggunakan bahasa lebih senang untuk mereka faham,” kongsi Gan.

Sifat ini kekal dalam diri seorang doktor selepas tamat pengajian sekali gus memberi impak besar dalam cara rawatan yang diberikan.

Laluan kerjaya dan graduan yang unik

Selepas menamatkan pengajian pada 2021, Ong memilih laluan unik iaitu menjadi rakan penyelidik. Kini, beliau mengetuai bersama satu kajian kesihatan digital peringkat global dan menyumbang kepada beberapa ujian klinikal untuk meningkatkan pengurusan penyakit kronik.

Ketika menjalani latihan klinikal, Ong merawat seorang wanita warga emas yang menghidap pelbagai penyakit kronik. Wanita itu terpaksa berulang-alik ke hospital kerana akses yang terhad kepada fasiliti kesihatan di tempatnya.

“Pengalaman ini telah membuka mata saya tentang faktor sosial dan struktur yang memberi kesan terhadap kesihatan seseorang. Saya menjadi semakin berminat terhadap cara-cara pencegahan, alat digital, dan strategi yang boleh memudahkan pesakit dan komuniti,” katanya.

Bagi Gan pula, beliau akan terus memperkukuh pengalaman dan kemahiran sebagai doktor, serta merancang untuk menjadi pakar pediatrik. Baginya, hospital adalah tempat paling sesuai untuk menyumbang pengetahuan dan pengalamannya sebagai doktor.

Profesor Madya Dr Ganesh Ramachandran berkata program MBBS menggabungkan pengetahuan sains, kemahiran klinikal, dan nilai kemanusiaan.

Program direka untuk dunia yang sentiasa berubah

Program MBBS di Taylor’s University adalah berasaskan perubatan moden, dengan memberi penekanan kepada perubatan yang terbukti berkesan dan sifat empati sebagai manusia. Ia menyokong pelajar yang bersiap sedia untuk peperiksaan pelesenan perubatan antarabangsa melalui pelbagai sumber e-pembelajaran dan kaedah pengajaran untuk menggalakkan pembelajaran kendiri sambil memupuk daya tahan dan kepimpinan.

“Kami berhasrat melahirkan doktor yang kompeten, mempunyai sifat empati tinggi, dan berfikiran global,” kata Ketua Pusat Pengajian Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan dan Perubatan, Taylor’s University, Profesor Madya Dr Ganesh Ramachandran.

Bagi mencapai matlamat itu, program ini mengintegrasikan bidang sedang berkembang seperti kesihatan digital, perubatan yang terbukti berkesan, dan kecerdasan buatan (AI) ke dalam kurikulumnya supaya pelajar sentiasa progresif.

Untuk maklumat lanjut sertai Hari Terbuka Taylor’s pada 16 dan 17 Ogos. Permohonan kini dibuka untuk pengambilan September.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.