
Perjalanan Misha Salehuddin, pelajar LLB yang memilih laluan artikulasi ke University of Leeds pada tahun keduanya di Taylor’s University adalah hasil program ini.
Misha berkata, bapanya yang juga alumni Taylor’s adalah inspirasi utama. Pengalaman dan pendedahan mendalam terhadap undang-undang Malaysia memudahkan peralihannya ke United Kingdom.
Keunggulan diiktiraf global
Program LLB di Taylor’s University diiktiraf oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang (LPQB) untuk membantu graduan melanjutkan pengajian dalam Sijil Amalan Guaman (CLP).
Pengarah program, Dr Ambikai Thuraisingam, berkata program LLB terkenal dalam melahirkan profesional undang-undang yang kompeten dan beretika untuk menghadapi cabaran era digital.
“Kami berbangga dengan rekod kecemerlangan selama 33 tahun. Pendedahan kepada dwibidang kuasa memastikan graduan kami bukan sahaja cemerlang secara akademik, tetapi boleh menyesuaikan diri dan berjaya dalam pelbagai bidang perundangan,” katanya.

Kurikulum berintegrasi dan pembelajaran berasas pengalaman
Selain reputasinya, kurikulum program LLB di Taylor’s University sentiasa dikemas kini untuk mencerminkan perkembangan moden dalam bidang undang-undang. Inovasi seperti gamifikasi dan makmal The Virtual Online Future Technology and Extended Reality (Vortex XR) membawa simulasi mahkamah ke dalam ruang digital, dan mempersiapkan pelajar untuk menangani isu tadbir urus moden seperti hak digital, privasi data dan keselamatan siber.

Program ini juga menggabungkan teori undang-undang dengan pengalaman praktikal dan tanggungjawab sosial. Kerjasama dengan firma undang-undang terkemuka, badan bukan kerajaan dan badan kawal selia memastikan kurikulum kekal relevan sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan. Latihan industri, klinik undang-undang dan penglibatan komuniti lebih melengkapkan pelajar dengan kemahiran untuk mengaplikasikan pengetahuan undang-undang.
Melalui Taylor’s Curriculum Framework, pelajar boleh melengkapkan jurusan undang-undang dengan elektif, minor atau jurusan kedua yang akan menjadikan mereka profesional serba boleh.
Perjalanan Misha mencerminkan keberkesanan pendekatan ini. Pada tahun pertamanya, dia berkhidmat sebagai naib presiden Mooting Society, mengetuai pasukan dalam National Novice Arbitration Moot, dan memimpin meraih kemenangan dalam pertandingan Malaysian Law Students’ Network (MLSN) Critical Crackdown Policy Pitching. Pengalaman ini membantu Misha mengasah kemahiran pembelaan, penyelidikan, dan kerja berpasukan.
Penasihat fakulti seperti Lai Mun Onn, Dr Jaganraj Ramachandran, dan Harcharan Singh memainkan peranan penting dalam memimpin modul perdebatan serta membimbing aktiviti Mooting Society selama bertahun-tahun.

Kini di University of Leeds, Misha adalah wanita Asia kedua yang dilantik menjadi presiden Women Breaking Barriers (Law School) dan pengasas Asian Law Student Association Leeds Chapter. Ini membuktikan kesiapsiagaan Taylor’s University dalam melahirkan pemimpin masa depan di peringkat global.
“Pendedahan diterima di Taylor’s University memberikan saya keyakinan untuk memegang peranan kepimpinan di luar negara. Institusi ini menawarkan peluang tidak terhitung, sama ada melalui simulasi perdebatan dalam mahkamah, inisiatif pelajar, atau peluang rangkaian yang membentuk saya secara peribadi dan profesional,” katanya.
Bagi pelajar bercita-cita menjadi peguam, penasihat undang-undang korporat, penyelidik, wartawan perundangan, penyiasat forensik dan sebagainya, Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) di Taylor’s University menawarkan peluang kepada generasi baharu pemimpin undang-undang Malaysia, sekali gus membuka laluan ke arah kerjaya bermakna dan memberi impak dalam bidang perundangan.
Daftar sekarang untuk pengambilan 2026 dan terokai laluan global anda melalui Taylor’s Personalised Counselling Sessions. Ketahui lebih lanjut mengenai program ini di sini.