1 remaja maut, kereta langgar pembahagi pondok tol Sungai Dua

1 remaja maut, kereta langgar pembahagi pondok tol Sungai Dua

Mangsa yang menaiki kereta Perodua Myvi maut di lokasi kejadian manakala dua lagi cedera.

MYVI ACCIDENT
Keadaan Perodua Myvi dinaiki tiga mangsa yang melanggar pondok tol di Sungai Dua, Kepala Batas, pagi ini. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang remaja maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan melanggar pembahagi pondok tol di Sungai Dua, Kepala Batas, pagi ini.

Muhammad Adam Mifdal Mohd Affendy, 18, yang duduk di bahagian belakang penumpang kereta Perodua Myvi itu maut di lokasi kejadian.

Mangsa cedera dikenali Muhammad Amirul Johan Rizwal, 18, dan Muhammad Shahmi Mohd Yusof yang berusia 22 tahun.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian di Plaza Tol Sungai Dua, arah Selatan itu pada 9.44 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi terbabas melanggar pembahagi jalan rumah tol.

“Seorang daripada tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.