Wan Fayhsal rayu PM salur terus bantuan banjir ke wakil rakyat

Wan Fayhsal rayu PM salur terus bantuan banjir ke wakil rakyat

Ahli Parlimen Machang itu berkata wakil rakyat sepatutnya menjadi pemudah cara untuk membantu mangsa banjir.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata karenah birokrasi menyebabkan menyebabkan masalah yang boleh diselesaikan segera akibat bencana banjir itu berlanjutan.
KUALA LUMPUR:
Seorang Ahli Parlimen pembangkang merayu Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya membenarkan bantuan kewangan disalurkan terus kepada wakil rakyat di kawasan terjejas banjir.

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata ini kerana kerenah birokrasi untuk mendapat bantuan dari Pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) menyebabkan masalah yang boleh diselesaikan segera berlanjutan.

“Masalah yang boleh diselesaikan seminggu, berlarutan menjadi sebulan. Sebab itu ada wakil rakyat sebagai pemudah cara untuk bantu rakyat di bawah,” katanya pada sidang medianya di Parlimen.

Wan Fayhsal juga berkata banyak rumah penduduk di beberapa kawasan di Kelantan seperti Pasir Mas, Tumpat dan Rantau Panjang yang mengalami kerosakan ‘total lost’.

“Kita tuntut belas ihsan perdana menteri selaku menteri kewangan yang mengamalkan falsafah Madani untuk memberi bantuan banjir terus kepada wakil rakyat,” katanya.

Sementara itu, Wan Fayhsal juga mencadangkan kepada agensi kerajaan atau mana-mana pihak swasta yang ingin membantu mangsa banjir menghantar bekalan selain makanan seperti pakaian dan keperluan asas lain.

Katanya, antara keperluan asas yang sangat diperlukan mangsa banjir adalah toto, bantal, tikar, lampin pakai buang untuk kanak-kanak dan orang tua serta tuala.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.