Azmin sah dilantik setiausaha agung Bersatu, kata Muhyiddin

Azmin sah dilantik setiausaha agung Bersatu, kata Muhyiddin

Presiden Bersatu berkata perbincangan dari 'hati ke hati' telah dibuat dengan Adun Hulu Kelang itu bersetuju.

azmin
Pelantikan Azmin Ali sebagai setiausaha agung Bersatu adalah muktamad, kata Muhyiddin Yassin. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Azmin Ali sah akan dilantik menjadi setiausaha agung Bersatu, kata Presiden Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata, beliau telah berbincang dari ‘hati ke hati’ dengan Adun Hulu Kelang itu, dan pelantikan itu telah dipersetujuinya.

“Saya sudah bertemu dan bincang hati ke hati, apa yang patut dibuat dan Alhamdulillah, beliau dengan rela bersetuju. Tiada isu lagi.

“Kita nak jadikan Bersatu sebagai satu parti contoh dari segi pengurusan dan pentadbiran, tiada rasuah dan buat kerja secara bersungguh-sungguh,” katanya menurut Sinar Harian.

Katanya, berkemungkinan pengumuman rasmi pelantikan Azmin ke jawatan itu akan dibuat selesai Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) atau pada hari perhimpunan.

Beliau berkata, kedudukan Azmin mengisi jawatan berkenaan adalah muktamad.

“Sudah muktamad, awal dahulu pun saya sudah sebut, tetapi pada ketika itu mungkin ramai rasa betul atau tidak.

“Tetapi saya nak ulang, memang sah dan saya sudah bersetuju melantik Azmin sebagai setiausaha agung Bersatu dan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Dilaporkan sebelum ini, Azmin menolak tawaran jawatan tersebut berikutan mahu fokus kepada PN Selangor yang diketuainya dalam misi menawan negeri itu pada pilihan raya akan datang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.