Feri P Pinang kerugian RM14 juta setahun

Feri P Pinang kerugian RM14 juta setahun

Exco Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata kutipan tiket perkhidmatan feri hanya dapat menampung lebih kurang 35% daripada kos perbelanjaan operasinya.

Exco Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata kos diesel tinggi tanpa subsidi dan insurans lebih RM2 juta setahun untuk setiap feri antara faktor menyumbang kepada kerugian perkhidmatan awam itu.
GEORGE TOWN:
Kos perkhidmatan feri di Pulau Pinang melebihi jumlah kutipan tiket menyebabkan perkhidmatan feri mengalami kerugian tahunan sekitar RM14 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari, berkata meskipun menghadapi kerugian, Penang Port Sdn Bhd (PPSB) tetap melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan berterusan untuk memastikan perkhidmatan feri terbaik kepada pengguna.

“Untuk gambaran kasar, kutipan tiket perkhidmatan feri hanya dapat menampung lebih kurang 35% daripada kos perbelanjaan operasi feri,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Beliau berkata, antara faktor menyumbang kepada kerugian itu adalah kos diesel tinggi, yang dibayar mengikut harga pasaran dan tiada subsidi diesel bagi perkhidmatan feri, yang merupakan satu daripada perkhidmatan awam utama di Pulau Pinang.

Beliau menjawab soalan Teh Lai Heng (PH-Komtar) berhubung keadaan kewangan perkhidmatan feri di Pulau Pinang.

Zairil turut menjelaskan kos pemeriksaan tahunan dan penyelenggaraan feri untuk memastikan keselamatannya, serta bayaran kos insurans melebihi RM2 juta setahun untuk setiap feri, juga menyumbang kepada kerugian operasi.

Zairil berkata, 1.76 juta penumpang dan 615,879 kenderaan dua roda menggunakan perkhidmatan feri sepanjang 10 bulan tahun ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.