Harga petrol, diesel di Semenanjung turun

Harga petrol, diesel di Semenanjung turun

Harga RON95 turun 6 sen, manakala diesel turun 8 sen mulai esok hingga 31 Dis.

fuel prices
PETALING JAYA:
Harga runcit petrol RON95 turun 6 sen kepada RM2.56 per liter bermula esok hingga 31 Dis.

Harga RON97 dan diesel turut turun 8 sen, masing-masing kepada RM3.16 an RM2.94 per liter.

Sementara itu, harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 per liter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata, kerajaan akan terus mengkaji dan menyelaraskan harga runcit petrol dan diesel selaras dengan pergerakan pasaran minyak global semasa, dengan kestabilan harga kekal menjadi keutamaan terpenting.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.