Tular kucing diseret, penguat kuasa veterinar bertindak

Tular kucing diseret, penguat kuasa veterinar bertindak

Kes disiasat di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015.

abuse cat
Seorang individu tidak dikenali disyaki melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing dengan menarik tali diikat pada leher kucing.
KUALA LUMPUR:
Polis merujuk kes menganiaya seekor kucing yang tular di media sosial kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa, berkata pihaknya menerima laporan polis daripada seorang pengadu yang melihat video penganiayaan itu menerusi aplikasi Xiaohongshu.com, pada 5.26 petang tadi.

Beliau berkata, video itu memaparkan seorang individu tidak dikenali melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing dengan menarik tali diikat pada leher kucing itu.

“Di dalam video itu terdapat alamat yang tertera di ruang komen beralamat di Block A, Tingkat 23, Scott Garden Soho, 289, Old Klang Road, 58200 Kuala Lumpur.

“Pengadu datang buat laporan dan laporan polis telah dihantar kepada Penguat Kuasa Veterinar Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Rusdi berkata, jabatan itu sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.