Gaduh di gelanggang futsal, 21 pelajar bebas dengan jaminan polis

Gaduh di gelanggang futsal, 21 pelajar bebas dengan jaminan polis

Ketua Polis Kota Kinabalu Kasim Muda berkata pergaduhan itu berpunca daripada salah faham berhubung perselisihan faham terdahulu.

gaduh futsal
Tangkap layar video tular pergaduhan di gelanggang futsal dekat sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu baru-baru ini.
PETALING JAYA:
Seramai 21 pelajar tingkatan empat dan lima ditahan susulan pergaduhan di gelanggang futsal dekat sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Ketua Polis Kota Kinabalu Kasim Muda berkata semua yang ditahan Khamis lalu sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurutnya pergaduhan itu berpunca daripada salah faham berhubung perselisihan faham terdahulu.

“Ada mangsa dipukul beramai-ramai sehingga sakit di beberapa bahagian badan serta dihantar ke hospital untuk pemeriksaan,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (kerana merusuh) untuk melengkapkan kertas siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.