1 hilang, 2 selamat bot karam di Kapit

1 hilang, 2 selamat bot karam di Kapit

Difahamkan, dua individu terselamat itu ialah isteri mangsa hilang dan seorang pekerja mereka.

drowning lemas
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri lemas bermula 8 pagi tadi. (Gambar Freepik)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki dikhuatiri lemas, manakala dua lagi diselamatkan penduduk kampung selepas bot dinaiki mereka karam di Nanga Makoh Sungai Batang Rajang, Kapit, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata bot gentian kaca dinaiki tiga mangsa yang dikatakan dari arah Nanga Benin menuju pekan Kapit karam akibat terlanggar batu di tengah sungai kira-kira 5 petang.

Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapit memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa hilang seawal 8 pagi tadi yang menyasarkan pencarian secara permukaan pada radius 2km dari lokasi bot karam.

Difahamkan, dua individu terselamat itu ialah isteri mangsa hilang dan seorang pekerja mereka.

“Sebarang perkembangan berhubung pencarian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya menurut Harian Metro.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.