
Semalam, Marhizan Johari, 51, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang mengakibatkan pemandu wanita Lee Zi Rou, 21, maut dihempap kontena, dalam kejadian di Jalan Kebun Sireh, Bukit Mertajam, kira-kira 9.30 pagi, 13 Nov.
Takiyuddin mengambil maklum Timbalan Pendakwa Raya Zulfadzly Hassan memohon tertuduh tidak dibenarkan jaminan kerana menunjukkan tanda ‘peace’ ketika dibawa masuk ke mahkamah.
“Seorang pemandu lori yang mempunyai pendapatan kecil tidak dibenarkan jamin…siapa nak menyara keluarga mereka dan sebagainya.
“…dan kami daripada PN akan menawarkan bantuan kepada keluarga berkenaan.,” katanya di Dewan Rakyat.
Marhizan, dari Kangar, Perlis, didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun serta maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000.
Zulfadzly berkata, tertuduh juga dilihat tidak menunjukkan rasa bersalah atas perbuatannya hingga sanggup menunjukkan isyarat tangan itu, ketika wajahnya dirakamkan pihak media ketika membuat liputan proses reman.
Majistret Harith Mazlan tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 24 Jan tahun depan bagi laporan bedah siasat, perubatan, dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
Marhizan tidak diwakili peguam.