
Berita Harian melaporkan [roses pengebumian selesai kira-kira 6.06 petang tadi. Berlaku sedikit kelewatan disebabkan Iman Kanan Masjid Wilayah, Muhamad Afandi Che Harun yang membacakan talkin terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Wilayah, Jalan Duta selepas solat Asar sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1 untuk disemadikan.
Solat jenazah dipimpin anak saudara Allahyarham, Amir Imran yang turut disertai bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob dan Muhyidddin Yassin, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir dan Timbalan Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa.
Solat jenazah dihadiri kira-kira 1,000 hadirin termasuk ahli keluarga, kenamaan, kenalan serta sahabat handai.
Allahyarham Daim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Assunta, di sini kira-kira 8.21 pagi tadi.