
Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mendakwa ini kerana pasukan diselia Pemuda PAS itu lebih berpengalaman dalam mengendalikan operasi ketika bencana berbanding Skuad Sabil di bawah Umno yang menikmati elaun khas dari kerajaan.
“Jika Skuad Sabil boleh diiktiraf kerajaan sebagai ahli APM mengapa tak iktiraf Jabatan Amal?.
“Pasukan itu banyak membantu orang awam termasuk pada waktu bencana tanpa sebarang elaun dan turun secara sukarela…lebih berpengalaman daripada Skuad Sabil,” katanya ketika berbahas peringkat jawatankuasa Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.

Beliau turut meminta kerajaan menjelaskan peruntukan dikeluarkan kerajaan untuk memberi elaun kepada Skuad Sabil, selain skop tugas pasukan sukarelawan terbabit.
Pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 berlangsung Ogos lalu, Presidennya Zahid Hamidi yang juga timbalan perdana menteri mengumumkan Skuad Sabil menjadi sebahagian daripada APM dan diberikan elaun.
APM diletak di bawah Zahid yang juga pengerusi jawatankuasa bencana negara.
Bagaimanapun, pengumuman itu mencetuskan pertikaian khususnya oleh pembangkang yang mempersoalkan mengapa jentera di bawah Umno boleh diberikan elaun menggunakan dana kerajaan.