GXBank perkenal produk pembiayaan sokong PMKS

GXBank perkenal produk pembiayaan sokong PMKS

Bank digital itu turut melancarkan TeXnovasi untuk membina ekosistem keusahawanan berasaskan teknologi terangkum dan mampan di Malaysia.

GXBank kini mempunyai 1 juta pengguna dan merekodkan 24 juta transaksi sejak dilancarkan setahun lalu. (Gambar GXBank)
PETALING JAYA:
GX Bank Bhd (GXBank) memperkenalkan ‘GX 2.0 – Next Starts Now iaitu produk kewangan terbaharu dalam membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) mencapai matlamat kewangan mereka.

Bank digital itu turut melancarkan TeXnovasi iaitu kerjasama dengan Grab yang disokong Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle), MYStartup dan 1337 Ventures yang bertujuan membina ekosistem keusahawanan berasaskan teknologi terangkum dan mampan di Malaysia.

Dua inisiatif itu dilancarkan sempena ulang tahun pertama GXBank.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Pei Si Lai berkata setakat ini pihaknya mempunyai hampir satu juta pengguna dan membabitkan 24 juta transaksi dengan lebih 900,000 poket.

“Pemahaman mendalam ini membolehkan kami menawarkan kemudahan pinjaman sebagai langkah seterusnya untuk membantu mencapai matlamat kewangan mereka.

“Kami juga teruja dengan peluang untuk bekerjasama dengan pemimpin industri seperti Grab Malaysia, Cradle, MYStartup dan 1337 Ventures dalam usaha bersama mengembangkan ekosistem syarikat perintis teknologi Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Pei berkata juga pihaknya juga akan memperkenalkan GX FlexiCredit secara berperingkat mulai bulan ini yang mana merek yang layak boleh menerima kelulusan segera dengan had kredit sehingga RM150,000.

“Pelanggan juga mempunyai fleksibiliti untuk mendapatkan pengeluaran tunai segera (dengan hanya faedah ke atas jumlah pengeluaran) dan pilihan untuk menyelesaikan bayaran lebih awal
tanpa sebarang yuran,” katanya.

Bagi mengurangkan jurang pembiayaan PMKS seperti digariskan dalam Belanjawan 2025, GX Bank turut menyediakan penyelesaian sehenti untuk komuniti perniagaan membuka akaun dan memperoleh akses lebih mudah.

Akaun GX Biz menawarkan pendaftaran digital pertama dalam industri dan pembayaran kadar faedah harian untuk perniagaan.

Menerusinya, usahawan mikro boleh memohon GX Biz FlexiLoan dengan mudah melalui aplikasi dan jika layak mendapat kelulusan segera untuk had kredit sehingga RM150,000.

Pelanggan juga mempunyai pilihan tempoh pembayaran fleksibel sehingga 3 tahun, serta fleksibiliti untuk membuat pembayaran awal tanpa sebarang yuran atau faedah tambahan.

Produk itu yang dimulakan dengan ekosistem Grab Malaysia disasarkan untuk diperluas kepada semua perniagaan kecil di seluruh Malaysia menjelang suku pertama tahun depan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.