3 ditahan tawar khidmat pelacuran dalam talian

3 ditahan tawar khidmat pelacuran dalam talian

Suspek terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita Vietnam itu ditahan di hadapan sebuah hotel di Jalan Stesen Sentral semalam.

Ketua Polis Brickfields Ku Mashariman Ku Mahmood berkata suspek lelaki yang ditahan disyaki menjadi penghantar manakala dua wanita Vietnam itu dipercayai pelacur.
KUALA LUMPUR:
Polis menahan seorang lelaki tempatan dan dua wanita warga Vietnam, kerana disyaki terlibat menawarkan khidmat pelacuran secara dalam talian di ibu negara menerusi serbuan Op Noda, semalam.

Ketua Polis Brickfields Ku Mashariman Ku Mahmood berkata semua individu berumur dalam lingkungan 31 hingga 61 tahun itu, ditahan dalam sebuah kereta di hadapan sebuah hotel di Jalan Stesen Sentral pada 5 petang.

“Lelaki warga tempatan (berumur 61 tahun) yang berperanan sebagai penghantar, ditahan bersama dua wanita warga asing yang dipercayai pelacur, di dalam sebuah kereta,” katanya dalam kenyataan.

Ku Mashariman berkata siasatan awal mendapati lelaki penghantar yang sudah melakukan kerja itu sejak tiga tahun lepas, dibayar RM180 bagi tugasnya yang bermula jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

Beliau berkata dua wanita warga asing yang dipercayai sudah terlibat dengan kegiatan itu sejak tiga bulan lepas pula, menerima RM120 bagi setiap pelanggan.

Ku Mashariman berkata dalam operasi itu pihaknya turut merampas sebuah kereta, dua telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM500 dan kondom.

Beliau berkata lelaki itu kini direman tiga hari sehingga Isnin, manakala dua wanita warga asing direman empat hari sehingga Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372B dan Seksyen 373 (1) Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.