Bina persekitaran positif dalam talian bersama TikTok

Bina persekitaran positif dalam talian bersama TikTok

Sertai sesi 'LIVE' pada 8 hingga 10 Okt dan pelajari bagaimana membina komuniti dalam talian yang selamat dengan nasihat pakar.

Sertai sesi ‘LIVE’ pada 8 hingga 10 Okt ini dan pelajari bagaimana membina komuniti dalam talian yang selamat. (Gambar TikTok Malaysia)
PETALING JAYA:
Dalam persekitaran digital ketika ini dan kebergantungan internet pelbagai benda, literasi digital menjadi semakin penting untuk melayari laman sesawang secara bertanggungjawab dan selamat.

Ia memperkasakan pengguna untuk menilai kandungan dalam talian secara kritikal, melindungi privasi mereka, dan berkelakuan secara beretika di alam maya. Penggunaan platform dalam talian secara berhemah adalah kunci untuk mewujudkan ruang digital lebih sihat.

Menyedari potensi bahaya internet apabila digunakan secara tidak bertanggungjawab, TikTok Malaysia bekerjasama dengan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), Persatuan Tindakan Wanita (Awam), dan Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (Miasa) untuk melancarkan kempen #ThinkTwice.

Kerjasama ini bertujuan mempromosikan literasi digital dalam kalangan rakyat Malaysia bagi mewujudkan persekitaran dalam talian lebih selamat dan positif. Ia termasuk mendidik pengguna tentang penggunaan internet yang bertanggungjawab, pematuhan kepada garis panduan komuniti TikTok, mengenal pasti serta melaporkan pelanggaran kandungan, dan menggunakan ciri ‘Comment Care’.

Jadilah sebahagian daripada usaha untuk memberi inspirasi kepada orang lain bagi mengamalkan sikap bertimbang rasa dan saling menghormati di persekitaran digital.

Untuk terus menyokong inisiatif ini, TikTok memperkenalkan hab sumber yang mudah diakses, menyediakan kandungan pendidikan mengenai garis panduan komuniti, panduan ciri keselamatan, serta saluran sokongan NGO, bagi memastikan pengguna kekal dimaklumkan dan dilindungi dalam talian.

Pencipta kandungan TikTok seperti @yimotapir, @wfsufina, dan @ggatorart giat mempromosikan tingkah laku dalam talian yang bertanggungjawab serta menonjolkan ciri keselamatan TikTok sebagai sebahagian daripada kempen #ThinkTwice.

Sertai pergerakan

Bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, TikTok meneruskan komitmen #ThinkTwice dengan siri sesi ‘LIVE’ khas yang disiarkan melalui akaun rasmi TikTok LIVE, @tiktoklive_my, dari 8 hingga 10 Okt pada 8 hingga 10 malam.

Siri ini bertujuan untuk mempromosikan kesedaran tentang kesihatan mental serta membina komuniti dalam talian yang lebih positif bagi pencipta kandungan dan penonton. Ia menampilkan rakan kongsi TikTok dan pencipta kandungan popular, serta pemenang daripada pertandingan ‘GimmeTheMic TikTok 2024’ dan Anugerah TikTok 2024.

Sesi pertama pada 8 Okt bertajuk ‘Mencipta dengan Keyakinan: Memupuk Komuniti yang Positif dan Inklusif’ akan dihoskan oleh penyanyi @shazreenshaharum dan @chong_han, bersama tetamu dari CMCF, penyanyi @fizasinhaa, dan hos podcast @papimrazzamar.

Perbincangan ini akan membincangkan bagaimana komen negatif boleh memberi kesan kepada keberadaan seseorang di media sosial dan penjenamaan peribadi, serta berkongsi strategi untuk membantu pencipta kandungan dan pengguna mengatasi unsur negatif dalam talian.

Pupuk persekitaran dalam talian lebih selamat dengan mempromosikan perkongsian kandungan positif menerusi #ThinkTwice.

Penonton sesi siaran langsung itu juga berpeluang berinteraksi dengan panel melalui sesi soal jawab interaktif, bagi menambah pemahaman tentang cara mengekalkan keyakinan dan sikap positif dalam talian.

Sesi kedua pada 9 Okt akan dihoskan penyanyi @ameerais.azhar dan @raes.arifin, menampilkan tetamu daripada Awam serta pencipta kandungan seperti @PuteryD, @tigerlabu, dan @uncletokok. Mereka akan berkongsi pandangan mengenai ‘Kekal Positif sebagai Pencipta Kandungan’.

Sesi ini meneroka bagaimana pencipta kandungan boleh kekal optimistik ketika berdepan cabaran dalam mencipta kandungan, termasuk menangani kritikan dalam talian dan mengekalkan sikap positif ketika menghadapi kesulitan.

Pada 10 Okt, sesi terakhir bertajuk ‘Mengurus Emosi Anda Sebagai Pencipta Kandungan’ akan dihoskan oleh penyanyi @hazreenamreena15 dan hos ‘LIVE’ @hasya1403.

Melalui tetamu daripada Miasa, penyanyi @bunian08, dan hos ‘LIVE’ @aura_fea, perbincangan ini akan menyentuh cabaran emosi seperti tekanan, anxiety, dan kelelahan fizikal atau ‘burnout’, serta berkongsi panduan dan tip untuk mengekalkan daya tahan dalam penciptaan kandungan.

Dengan memupuk persekitaran yang menyokong dan inklusif, kempen #ThinkTwice bertujuan menjadikan dunia digital lebih selamat dan sihat untuk semua.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen, tekan di sini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.