31 dipindah akibat banjir kilat, tanah runtuh di Cameron Highlands

31 dipindah akibat banjir kilat, tanah runtuh di Cameron Highlands

Kejadian itu dikatakan berpunca daripada hujan lebat yang menyebabkan aliran sungai meningkat mendadak dan tanah di beberapa kawasan menjadi tidak stabil.

banjir cameron highlands
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah berkata, kerja membersihkan jalan dan kawasan sekitar giat dilakukan bagi memastikan keadaan kembali selamat untuk penduduk setempat.
PETALING JAYA:
Seramai 31 mangsa daripada lima keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pusat Komuniti Sungai Ruil akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Kampung Sungai Ruil, Cameron Highlands semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Cameron Highlands memaklumkan mangsa terdiri daripada 11 lelaki, 10 wanita, empat kanak-kanak lelaki dan selebihnya kanak-kanak perempuan.

Kejadian 6 petang itu dikatakan berpunca daripada hujan lebat yang menyebabkan aliran sungai meningkat mendadak dan tanah di beberapa kawasan menjadi tidak stabil.

“Kerja membersihkan jalan dan kawasan sekitar terjejas giat dilakukan bagi memastikan keadaan kembali selamat untuk penduduk setempat,” katanya menurut Sinar Harian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.