
Hakim Azura Alwi membenarkan permohonan selepas pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Maziah Mohaide tidak membantah.
Peguam Naimah, Nizamuddin Abdul Hamid, memberitahu mahkamah anak guamnya memohon mendapatkan pasport bagi perjalanan bermula hari ini hingga 11 Nov.
Sebelum ini, mahkamah membenarkan isteri bekas menteri kewangan Daim Zainuddin itu mendapatkan pasport bagi perjalanan ke Eropah dan China.
Awal tahun ini, Naimah minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan gagal mematuhi notis bagi pengisytiharan aset mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Beliau didakwa gagal mengisytihar pemilikan syarikat, beberapa plot tanah di sini dan Pulau Pinang, termasuk dua kenderaan. Naimah dibenarkan ikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin.
Pasport miliknya diarah diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat ikat jamin.