Terima isyarat pengundi, Muhyiddin ulas kekalahan PN di Mahkota

Terima isyarat pengundi, Muhyiddin ulas kekalahan PN di Mahkota

Pengerusi PN berkata parti perlu mengambil langkah segera memperbaiki prestasi.

Muhyiddin Yassin berkata, Perikatan Nasional hormat pilihan pengundi di Mahkota susulan BN berjaya menggandakan majoriti.
PETALING JAYA:
Perikatan Nasional dinasihatkan supaya menerima isyarat pengundi susulan kekalahan pada PRK Mahkota, semalam.

Selepas pilihan raya menyaksikan Barisan Nasional menggandakan majoriti undi, Pengerusi Muhyiddin Yassin berkata PN mesti segera melakukan pembaikan.

Kenyataan di Facebook itu bagaimanapun tidak menjelaskan isyarat dan pembaikan tersebut dengan lanjut.

“PN menghormati pilihan pengundi DUN Mahkota selaras dengan semangat demokrasi.

“Kita mesti menerima isyarat pengundi DUN Mahkota dengan berlapang dada dan mengambil langkah segera untuk memperbaiki prestasi parti,” katanya.

BN mempertahankan DUN Mahkota dengan bergaya apabila memperoleh majoriti 20,648 undi, empat kali ganda lebih besar berbanding PRN 2022 iaitu 5,166 undi.

Bagaimanapun, Pengarah PRK PN Mahkota Azmin Ali berkata sokongan kepada PN tidak berubah walaupun mengalami kekalahan besar.

Katanya, 7,347 undi diterima Haizan Jaafar tidak jauh berbanding 7,614 undi diperoleh calon PN pada PRN Johor 2022.

Beliau juga menyatakan peratusan keluar mengundi 57.34% pada PRN Johor 2022 lebih tinggi berbanding 53.84% dicatatkan semalam, lapor Sinar Harian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.