Hanya 1 kerusi belum dimuktamad PH-GRS, kata Saifuddin

Hanya 1 kerusi belum dimuktamad PH-GRS, kata Saifuddin

Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail berkata tiada pertembungan kerusi antara gabungan itu dan BN pada PRN Sabah akhir bulan ini.

Saifuddin Nasution Ismail
Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail yakin gabungan itu dan GRS mampu capai kata putus untuk baki satu kerusi yang belum dimuktamadkan.
PUTRAJAYA:
Pakatan Harapan (PH) sudah memuktamadkan rundingan kerusi dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRN Sabah akhir bulan ini.

Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail, berkata tiada pertembungan kerusi antara PH dan BN, manakala PH dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hanya berbaki satu kerusi belum dimuktamadkan.

“Kita masih ada masa sebelum 15 Nov untuk kita muktamadkan. Saya yakin kita boleh capai (kata putus),” katanya selepas Program Jelajah Wira Madani di IPD Putrajaya.

PH menjalin kerjasama dengan BN dan GRS dalam menghadapi PRN Sabah, tetapi tiada kerjasama antara BN dan GRS.

Ketua PKR Sabah, Mustapha Sakmud dilaporkan berkata, mereka hampir pasti bertanding 10 hingga 12 kerusi selepas berunding dengan GRS dan BN.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi PRN Sabah pada 29 Nov ini, manakala tarikh penamaan calon pada 15 Nov dan pengundian awal 25 Nov nanti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.