
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Aedy Fadly Ramli berkata pemilik kenderaan asing berkenaan akan diberi peringatan di pintu masuk untuk segera mendaftar, memasang dan mengaktifkan tag RFID VEP.
“Notis amaran akan diberi kepada pemilik kenderaan persendirian Singapura sebelum meninggalkan Malaysia sekiranya masih belum memiliki VEP,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata setakat 25 Sept, sebanyak 62,635 kenderaan persendirian Singapura telah mengaktifkan tag RFID VEP sebagai persediaan penguatkuasaan VEP di sempadan darat Malaysia-Singapura.
Mei lalu, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook mengumumkan penguatkuasaan VEP kepada kenderaan persendirian yang berdaftar di Singapura mulai 10 Okt, bagi memastikan pemilik kenderaan asing mematuhi peraturan jalan raya di Malaysia sepenuhnya.
Katanya, peraturan itu akan dikuatkuasakan bagi kenderaan asing yang merentasi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor dan Kompleks CIQ Bangunan Sultan Abu Bakar (BSAB) di Linkedua.