MBS keluar 24 notis kompaun premis ada kaitan GISBH

MBS keluar 24 notis kompaun premis ada kaitan GISBH

Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban, Mas Midyawan Yahya, berkata sebuah premis mempunyai lesen perniagaan sah, sebuah lagi lesen tamat tempoh dan baki empat tiada lesen.

Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban, Mas Midyawan Yahya, berkata antara kesalahan dilakukan ialah membuat halangan di tempat awam dengan meletak barang perniagaan di kaki lima awam, ubah suai premis tanpa kebenaran dan pemasangan awning tanpa permit. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mengeluarkan 24 notis kompaun dan menyita peralatan perniagaan di tiga premis dipercayai ada kaitan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).

Setiausaha MBS, Mas Midyawan Yahya, berkata pemeriksaan lanjut mendapati enam premis itu melakukan beberapa kesalahan, termasuk beroperasi tanpa lesen.

“Ketika pemeriksaan, semua premis tidak beroperasi dan rekod pemeriksaan sebelum ini mendapati satu daripadanya mempunyai lesen perniagaan sah, satu premis dengan lesen tamat tempoh dan empat lagi tidak berlesen.

“Antara kesalahan dilakukan ialah membuat halangan di tempat awam dengan meletakkan barang perniagaan di kaki lima awam, ubah suai premis tanpa kebenaran dan pemasangan awning tanpa permit,” katanya menurut Sinar Harian.

Berdasarkan rekod MBS, beliau berkata, permohonan premis tidak berlesen itu ditolak kerana tidak memenuhi syarat dan pernah dikompaun atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa kebenaran.

“Jadi barang-barang perniagaan operator premis ini kita sita dan akan dikembalikan selepas mereka mematuhi syarat. Tindakan penguatkuasaan seumpama ini bukannya kepada syarikat tertentu saja, tetapi semua peniaga dan kita berharap semuanya mematuhi peraturan serta undang-undang.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.