Lelaki ugut bakar anak positif dadah

Lelaki ugut bakar anak positif dadah

polis berkata suspek yang ditahan Rabu lepas itu turut mempunyai 12 rekod lampau melibatkan kes jenayah dan narkotik.

Ketua Polis Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata suspek bertindak demikian kerana tidak bersetuju dengan penceraian bersama ibu mangsa dan merakam video sebagai ugutan dan protes. (Gambar Bernama)
KUANTAN:
Seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul dan mengugut untuk membakar anak lelakinya didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Ketua Polis Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata suspek berumur 35 tahun yang ditahan di Maran, Rabu lepas itu turut mempunyai 12 rekod lampau melibatkan kes jenayah dan narkotik.

“Suspek masih direman sehingga 25 Sept ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mangsa berusia dua tahun itu kini berada di bawah jagaan ibu kandungnya dan dalam keadaan sihat.

Wan Zahari sebelum ini dilaporkan berkata ibu kanak-kanak tersebut membuat laporan polis setelah menerima beberapa klip video bekas suaminya memarahi anak mereka dengan memukul dan mengugut untuk membakar kanak-kanak tersebut.

Suspek dilaporkan bertindak demikian kerana dipercayai tidak bersetuju dengan penceraian bersama ibu mangsa dan merakam video sebagai ugutan dan protes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.