Air Selangor naik taraf SuperApp jadi lebih mesra pengguna

Air Selangor naik taraf SuperApp jadi lebih mesra pengguna

Aplikasi SuperApp Air Selangor membolehkan pelanggan memantau bil air, melaporkan gangguan bekalan serta menerima maklumat perkhidmatan secara langsung dan terkini.

Aplikasi SuperApp Air Selangor kini diuji 200,000 pelanggan untuk melihat isu aduan seperti masalah GPS atau bil.
KUALA LUMPUR:
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sedang menaik taraf aplikasi mudah alih sedia ada bagi memberikan pengalaman lebih mesra pengguna, menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Adam Saffian Ghazali.

Aplikasi SuperApp Air Selangor membolehkan pelanggan memantau bil air, melaporkan gangguan bekalan, serta menerima maklumat perkhidmatan secara langsung dan terkini.

Adam berkata, perubahan dalam aplikasi tersebut telah melalui beberapa ujian melibatkan 200,000 pelanggan sebelum ia dikeluarkan secara menyeluruh kepada semua pelanggan.

“Ia bagi melihat isu aduan, seperti masalah GPS atau bil dan sebagainya.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Adam Saffian Ghazali berkata aplikasi SuperApp yang dinaik taraf akan memberikan pengalaman lebih mesra pengguna.

“Apabila benar-benar yakin aplikasi itu terbukti berkesan, kita akan lancarkan secara besar-besaran kepada semua pelanggan,” katanya pada sidang media khas bersama pemberita.

Selain itu, Adam berkata pihaknya juga sedang meneroka penggunaan teknologi rawatan air terkini menerusi kecerdasan buatan (AI) bagi memantau, meramal dan mengesan kualiti sumber air mentah dari sungai di negeri ini sebelum ia dirawat di 34 loji rawatan air.

“Kami sedang berusaha mencipta dan mendapatkan sesuatu menggunakan AI bagi memantau kualiti sungai, maksudnya bukan hanya mengambil sampel air sungai setelah ia berlaku tetapi mungkin 24 jam atau 48 jam sebelum itu.

“Berasaskan AI, kami dapat meramalkan kualiti air mentah,” tambahnya sambil berkata Air Selangor turut merancang mempertimbangkan teknologi ultrafiltrasi yang berfungsi dalam memastikan air lebih berkualiti dan selamat digunakan.

Dalam perkembangan lain, Adam berkata Air Selangor juga menyasarkan penggantian paip ditingkatkan kepada 300km setahun dalam usaha menyelesaikan isu gangguan air, menerusi Program Penggantian Paip yang dilaksanakan.

Katanya, ia sekali gus dapat meningkatkan mutu bekalan air kepada 9.6 juga penggunanya di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Daripada keseluruhan paip di Selangor yang sekitar 30,000km, sebanyak lebih 1,000km paip usang telah digantikan sejak 2016 hingga 2023.

“Setakat ini terdapat baki 5,000km paip usang yang masih dalam proses penggantian,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.