13 penghuni rumah amal dipercayai diliwat

13 penghuni rumah amal dipercayai diliwat

Perkara itu diketahui berdasarkan saringan perubatan terhadap 13 mangsa yang menghuni rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan.

rumah amal
Rabu lalu seramai 402 kanak-kanak berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan selepas polis menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Seramai 13 penghuni rumah amal yang diselamatkan polis dalam serbuan Rabu lalu disyaki diliwat.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata perkara itu diketahui berdasarkan saringan perubatan terhadap 13 mangsa terbabit, semuanya yang menghuni rumah perlindungan di Selangor dan Negeri Sembilan.

Katanya, pihaknya juga membuka empat kertas siasatan terhadap empat lelaki disyaki melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Pada Rabu, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun dipercayai mangsa eksploitasi diselamatkan selepas polis menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan.

Mangsa terdiri 201 lelaki dan 201 perempuan adalah anak-anak ahli sebuah syarikat.

Seramai 171 individu turut dilaporkan ditahan dalam serbuan bermula 6 pagi itu.

Polis turut membongkar mangsa yang diselamatkan dari rumah amal itu diajar meliwat, diliwat penjaga dan dipaksa meliwat penghuni lain.

Semalam, dilaporkan polis akan mengambil keterangan beberapa individu termasuk pengarah eksekutif Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISBH) dalam masa terdekat bagi membantu siasatan dakwaan syarikat itu terbabit eksploitasi kanak-kanak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.