
Perintah reman terhadapnya dikeluarkan Majistret Siti Hajar Ali di Mahkamah Majistret Sungai Besar selepas membenarkan permohonan polis untuk melakukan siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001, lapor Berita Harian.
Terdahulu, media melaporkan wanita itu ditahan petang kelmarin susulan laporan yang dibuat oleh bekas suaminya yang berusia 28 tahun.
Pemangku Ketua Polis Kuala Selangor Mohd Ambia Nordin dipetik sebagai berkata lelaki terbabit memaklumkan dia mendapat tahu mengenai kejadian itu daripada isterinya sebelum melihat gambar anaknya dengan kesan lebam, bengkak dan luka seluruh badan serta kaki.
Katanya, mangsa juga didakwa menceritakan kepada ibu pengadu mengenai pernah dia dipukul suspek dan teman lelakinya dengan mencubit, menumbuk dan menyiram air panas.
Susulan itu, katanya, polis kini sedang memburu teman lelaki suspek yang dipercayai berada di Kedah.