Naik elaun ‘on-call’, PM beri reaksi positif

Naik elaun ‘on-call’, PM beri reaksi positif

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata KKM sedang menunggu semakan semula kadar elaun bertugas atas panggilan bagi pegawai perubatan.

doctor
Dzulkefly Ahmad ada membayangkan perkara semakan semula elaun ‘on-call’ akan diumum pada Belanjawan 2025.
SHAH ALAM:
Pegawai perubatan sektor awam dijangka menerima berita gembira berhubung semakan semula kadar elaun bertugas atas panggilan atau ‘on-call’ tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri lalu dan mendapat reaksi positif Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Kita telah mendapat respons yang positif daripada perdana menteri yang juga menteri kewangan dan setakat ini, kita menunggu amaun (elaun),” katanya sambil membayangkan perkara itu akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2025.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran Projek MyGenom di Institut Kesihatan Negara di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Pada 24 Ogos, Dzulkefly dilaporkan berkata cadangan daripada Kumpulan Hartal Doktor Kontrak (HDK) berhubung kadar elaun tugas atas panggilan petugas perubatan akan diteliti dan dibawa kepada perdana menteri untuk dipertimbangkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.