
“Ya, saya dah terima (draf MoU) dan akan bincang dalam waktu terdekat. Insya Allah (mesyuarat) minggu ini,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Sebelum ini, Takiyuddin dilaporkan berkata, pihaknya perlu mengemukakan draf itu kepada Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin serta beberapa pimpinan lain untuk membuat keputusan.
Pada 3 Ogos lalu, Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof dilaporkan berkata, draf MoU peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang sudah siap dan sedia diserahkan kepada Takiyuddin.
Katanya, sebuah jawatankuasa bersama antara kerajaan dan pembangkang akan ditubuhkan, jika PN bersetuju dengan perjanjian dalam draf itu.
Draf itu menyusul kenyataan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada 9 Julai lalu bahawa isu agihan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang tidak patut menjadi isu rumit untuk diselesaikan.
Menurutnya, syarat ditetapkan kepada mana-mana Ahli Parlimen pembangkang yang mahu mendapat peruntukan adalah syarat asas dan proses biasa dalam mana-mana rundingan serta amalan demokrasi.