
Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang berkata, piagam tersebut mengandungi satu garis panduan meliputi perkara yang perlu dielak dalam memperkasa hubungan masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya.
“Piagam Harmoni ini merangkumi enam prinsip, 12 nilai keharmonian, 32 panduan dan sembilan hala tuju,” katanya dalam kenyataan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar.
Terdahulu mesyuarat jawatankuasa dipengerusikan antara secara bersama itu turut membincangkan usaha-usaha pengukuhan keharmonian dan perpaduan masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa, agama dan budaya.
Mengulas lanjut, Aaron berkata, Kementerian Perpaduan Negara mempunyai peranan penting dalam membantu mengurus isu perpaduan menggunakan beberapa mekanisme walaupun tidak mempunyai kuasa atau peruntukan khas seperti akta untuk mengambil tindakan dari sudut perundangan.
Jelasnya lagi, komitmen semua rakyat Malaysia amat penting bagi mencari titik persamaan dengan membudayakan pendekatan faham, hormat dan terima demi keharmonian negara ini terpelihara.
Menerusi pembentukan itu, Na’im pula menggesa agar semangat kesatuan masyarakat berbilang agama dan bangsa yang terbentuk menerusi Piagam Madinah di zaman Nabi Muhammad dihayati bagi mengukuhkan keharmonian negara.