25 inisiatif perkukuh perpaduan dilaksana Mei, Jun

25 inisiatif perkukuh perpaduan dilaksana Mei, Jun

Kementerian Perpaduan gerak program di seluruh negara agar semangat perpaduan terus subur.

Sambutan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan anjuran Kementerian Perpaduan turut jadi wadah pupuk persefahaman antara kaum menerusi penghayatan budaya, kata Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang. (Gambar Facebook Kementerian Perpaduan Negara)
KUALA LUMPUR:
Sebanyak 25 inisiatif dilaksanakan oleh Kementerian Perpaduan Negara sepanjang Mei dan Jun lepas bagi memperkukuh semangat perpaduan serta keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Menterinya, Aaron Ago Dagang berkata, pelbagai program digerakkan di seluruh negara dengan pendekatan merangkumi pelbagai lapisan masyarakat bagi memastikan semangat perpaduan terus subur dari peringkat akar umbi.

Antara inisiatif utama yang dilaksanakan termasuk Fiesta Uniti di Muzium Perak, Konsert Lagu Kita di Sabah, serta program galakan membaca ‘Dariku Untukmu’ yang menyasarkan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

“Sambutan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan anjuran kementerian turut menjadi wadah memupuk persefahaman antara kaum menerusi penghayatan budaya,” katanya di Facebook hari ini.

Aaron berkata, program Arkib@Sekolah pula bertujuan memperkukuh jati diri generasi muda melalui penghayatan terhadap sejarah negara.

Menurutnya, setiap inisiatif digerakkan dengan matlamat membina asas integrasi yang kukuh bagi menjamin kesejahteraan jangka panjang masyarakat majmuk Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.