Olimpik Paris: Dhabitah layak ke separuh akhir

Olimpik Paris: Dhabitah layak ke separuh akhir

Penerjun negara itu mengumpul 283.65 mata selepas lima terjunan dan dijadualkan beraksi merebut tempat dalam kedudukan 10 terbaik esok.

Nur Dhabitah Sabri
Nur Dhabitah Sabri layak ke separuh akhir acara 3 meter papan anjal Sukan Olimpik Paris. (Gambar AP)
PETALING JAYA:
Penerjun negara Nur Dhabitah Sabri layak ke separuh akhir acara 3 meter papan anjal selepas menduduki tangga ke-12 kelayakan di Sukan Olimpik Paris.

Dia mengumpul 283.65 mata selepas lima terjunan dan dijadualkan beraksi bagi merebut tempat dalam kedudukan 10 terbaik daripada 18 penerjun esok, lapor Berita Harian.

Manakala pemenang pingat emas Olimpik Tokyo, Chen Yiwen dari China mengungguli saingan dengan catatan 356.40 mata.

Penerjun Australia Keeney Maddison pula berada di tangga kedua dengan 337.5 mata, manakala Vazquez Montano Aranza dari Mexico ketiga dengan 321.75 mata.

Acara separuh akhir diadakan di Pusat Akuatik Saint-Denis bermula 4 petang (waktu Malaysia) untuk mencari 10 penerjun terbaik ke final.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.