Aaron-Wooi Yik terkandas di separuh akhir Masters China

Aaron-Wooi Yik terkandas di separuh akhir Masters China

Beregu lelaki utama negara tewas di tangan pilihan kelapan kejohanan 17-21, 14-21 dalam tempoh 41 minit.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Aaron Chia-Soh Wooi Yik ditewaskan pasangan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, pada peringkat separuh akhir Masters China 2025 di Shenzhen, Guangdong, hari ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal melangkah mara ke final Masters China 2025 selepas tewas kepada pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty di Shenzhen, Guangdong, hari ini.

Pada pertembungan separuh akhir di Shenzhen Arena itu, Aaron-Wooi Yik gagal tampil prestasi terbaik, menyaksikan pasangan nombor dua dunia itu mudah tumbang di tangan pilihan kelapan kejohanan, 17-21, 14-21 dalam tempoh 41 minit.

Ia merupakan kemenangan kelima Satwik-Chirag ke atas juara Terbuka Thailand dan Terbuka Singapura musim ini daripada keseluruhan 16 pertemuan mereka.

Terdahulu, beregu campuran negara yang baru merangkul gelaran juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menampilkan aksi bertenaga untuk menyingkirkan pasangan tuan rumah yang juga nombor satu dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 22-24, 21-19, 21-17 untuk melangkah ke final.

Tang Jie-Ee Wei akan berdepan beregu Thailand, Decaphol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran, dalam cubaan mereka membawa pulang gelaran berprestij itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.