
Pada aksi suku akhir berlangsung di Adidas Arena, pasangan nombor dua dunia itu memastikan pingat gangsa sekurang-kurangnya dalam genggaman, selepas dengan mudah mengetepikan cabaran adik-beradik Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dari Bulgaria.
Pearly-Thinaah meraih kemenangan set pertama dengan mata 21-15 sebelum meneruskan momentum dengan melengkapkan kemenangan set kedua 21-10.
Keputusan itu turut memadam duka lama selepas kedua-dua mereka terkandas pada suku akhir dalam edisi 2023 di Copenhagen, Denmark.
Menanti mereka di separuh akhir Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun, yang mara selepas menewaskan Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan 21-17 dan 21-14.