Remaja 14 tahun hilang sejak Mei

Remaja 14 tahun hilang sejak Mei

Polis berkata, kehilangan Lin Yu Cheng dilaporkan keluarganya pada 3.04 petang Isnin lalu.

Lin Yu Cheng dilaporkan hilang dari rumahnya di Dataran Prima Condominium, Petaling Jaya sejak 25 Mei lalu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan 14 tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Dataran Prima Condominium, di sini, sejak 25 Mei lalu.

Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Ja’afar, berkata kehilangan Lin Yu Cheng dilaporkan keluarganya pada 3.04 petang Isnin lalu di IPD Petaling Jaya.

“Remaja itu berketinggian kira-kira 155cm dengan berat kira-kira 42kg dan berkulit warna kuning susu.

“Yu Cheng berambut hitam dan berbibir nipis,” katanya menurut Sinar Harian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa diminta ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.