Paris 2024: Azeem layak ke pusingan pertama

Paris 2024: Azeem layak ke pusingan pertama

Pelari pecut negara menamatkan saingan di tempat kedua dalam saringan 1 pusingan kelayakan acara 100m Sukan Olimpik Paris 2024, sebentar tadi.

azeem fahmi
Muhammad Azeem Fahmi yang memegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.09s dijadual beraksi dalam pusingan pertama pada 5.45 petang ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pelari pecut negara Muhammad Azeem Fahmi layak ke pusingan pertama selepas menamatkan saingan di tempat kedua dalam saringan 1, pusingan kelayakan acara 100m Sukan Olimpik Paris 2024, sebentar tadi.

Azeem mencatat masa 10.42s untuk berada di belakang pelari Gambia, Ebrahima Camara yang muncul juara dengan catatan 10.29s, menurut Berita Harian.

Manakala Marc Brian Louis dari Singapura pula menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan catatan masa 10.43s.

Dua pelari terpantas dalam setiap saringan pusingan kelayakan dan empat terpantas seterusnya layak ke pusingan pertama.

Azeem yang memegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.09s dijadual beraksi dalam pusingan pertama pada 5.45 petang ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.