Aksi 100m Azeem berakhir dengan catatan 10.45s

Aksi 100m Azeem berakhir dengan catatan 10.45s

Pelari pecut negara itu menamatkan saingan dengan tempat terakhir pada saringan kedua pusingan pertama acara 100m Sukan Olimpik Paris 2024 sebentar tadi.

Azeem Fahmi
Muhammad Azeem Fahmi yang bermula di lorong kelapan sekadar berjaya merekodkan catatan 10.45s dalam saringan kedua pusingan pertama. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Hasrat pelari pecut negara Muhammad Azeem Fahmi untuk mara ke separuh akhir acara 100m Sukan Olimpik Paris 2024 tidak kesampaian apabila dia menamatkan saingan dengan tempat terakhir pada saringan kedua pusingan pertama, sebentar tadi.

Dia yang bermula di lorong kelapan sekadar berjaya merekodkan catatan 10.45s, lapor Berita Harian.

Saringan 2 itu itu diungguli pelari pecut Kenya, Ferdinand Omanyala yang mencatat 10.08s diikuti atlet Itali, Chituru Ali kedua dengan catatan 10.12s.

Manakala tempat ketiga diduduki pelari Jerman, Joshua Hartmann dengan catatan 10.16s.

Azeem Fahmi sebelum itu layak ke pusingan pertama selepas menamatkan saingan di tempat kedua dalam saringan 1, pusingan kelayakan dengan catatan 10.42s.

Dia berada di belakang pelari Gambia, Ebrahima Camara yang muncul juara dengan catatan 10.29s.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.