2 lelaki ditahan pukul wanita, pandu berbahaya

2 lelaki ditahan pukul wanita, pandu berbahaya

Polis berkata suspek disyaki memukul seorang wanita dan memandu secara bahaya dengan melanggar beberapa kenderaan lain pada Ahad lalu.

Tangkap layar video tular memaparkan sebuah kereta dipandu dalam keadaan berbahaya sebelum melanggar beberapa buah kenderaan lain, Ahad lalu.
KUALA LUMPUR:
Polis menahan dua lelaki disyaki memukul seorang wanita dan memandu secara berbahaya dengan melanggar beberapa kenderaan lain di Batu 9, Cheras pada Ahad lepas seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof berkata kedua-dua lelaki berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan sekitar Kajang pada 4 pagi tadi dan direman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 279 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata siasatan mendapati kenderaan itu digunakan suspek untuk melarikan diri selepas memukul seorang wanita berusia 29 tahun sehingga cedera parah menggunakan topi keledar di Taman Saujana Impian di sini.

“Kedua-dua lelaki terbabit mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan dadah masing-masing 12 dan 22 rekod,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, Naazron berkata motif kejadian masih dalam siasatan polis.

Terdahulu, tular di media sosial dua video memaparkan sebuah kereta jenis Honda City berwarna putih dipandu dalam keadaan berbahaya sebelum melanggar beberapa buah kenderaan lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.