
Penahanan itu diumumkan polis Abu Dhabi pada Jumaat yang berkata, suspek merakam lokasi dan kejadian serta menyebarkan “maklumat palsu” di media sosial.
“Perkara ini boleh menghasut pendapat umum dan menyebarkan khabar angin dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam hantaran di X tanpa memberikan butiran lanjut.
Iran dilaporkan berulang kali menyerang negara Teluk sebagai tindak balas terhadap kempen pengeboman Amerika Syarikat-Israel yang bermula 28 Feb lalu.
UAE menanggung kesan terbesar serangan Iran dengan negara Teluk itu melaporkan 338 peluru berpandu balistik, 15 peluru berpandu jelajah dan 1,740 dron dipintas setakat Jumaat.
Pihak berkuasa UAE berkata, serangan Iran itu mengorbankan dua anggota tentera dan enam warga asing di negara berkenaan.