Lelaki ditahan di Maran dalam siasatan kes rogol

Lelaki ditahan di Maran dalam siasatan kes rogol

Polis mengumumkan penahanan dalam siasatan ke atas dakwaan rogol, tanpa butiran lanjut mengenai suspek.

handcuff
Seorang lelaki ditahan polis susulan laporan polis oleh ibu mangsa.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki ditahan di Maran, Pahang dalam siasatan polis ke atas dakwaan rogol.

Berita Harian melaporkan mangsa berumur 16 tahun, manakala suspek berumur 17 tahun dan anak kepada seorang Adun.

Ketua Polis Maran, Wong Kim Wai, mengumumkan suspek ditahan semalam susulan laporan oleh ibu mangsa. Menurut polis, kejadian didakwa berlaku di sebuah rumah di Maran ketika mangsa keluar bersiar-siar di bandar.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengumpul keterangan berkaitan,” menurut kenyataan, tanpa butiran lanjut mengenai suspek.

Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Maran di talian 09-4771222.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.