2 maut dalam lubang pembetung

2 maut dalam lubang pembetung

Kejadian berlaku di hadapan SMK Paya Kemunting dekat Jitra, Kedah, pagi tadi.

Bomba berkata mayat mangsa berusia 27 dan 31 tahun diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Dua lelaki maut selepas terperangkap dalam lubang pembetung sedalam 4.5m di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Kemunting dekat Jitra, Kedah, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Mohd Bustan Karudin, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 9.29 pagi sebelum bergegas ke lokasi untuk membantu mengeluarkan mangsa.

“Setibanya di lokasi terdapat dua lelaki terperangkap dalam lubang berkenaan.

“Kami menggunakan alat pengesan gas bagi memastikan kewujudan gas tertentu di lokasi terbabit,” katanya dalam kenyataan menurut Harian Metro.

Bustan berkata, anggotanya memakai peralatan perlindungan diri (PPE) serta peralatan menyelamat lain sebelum turun ke dalam lubang pembetung berkenaan.

“Kedua-dua mayat mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa masing-masing dipercayai berusia 27 dan 31 tahun. Operasi mengeluarkan mangsa ditamatkan pada 12.32 tengah hari,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.