Lelaki terperangkap disyaki curi kabel diselamat bomba

Lelaki terperangkap disyaki curi kabel diselamat bomba

Individu berusia 30 tahun kemudian diserahkan kepada polis.

lelaki terperangkap curi
Bomba menggunakan ‘aerial ladder platform’ bagi menurunkan mangsa. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Lelaki disyaki cuba mencuri kabel diselamatkan bomba selepas terperangkap di tiang landasan tren aliran massa (MRT), dalam kejadian di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) berkata, sebuah jentera dan anggota Balai Bomba Sri Hartamas dikerah ke lokasi sejurus terima panggilan pada 2.41 pagi semalam.

“Anggota operasi menjalankan kerja penyelamatan dengan bantuan jentera ‘aerial ladder platform’ bagi menurunkan mangsa dengan selamat.

“Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun berjaya diturunkan dan diserah kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya menurut Harian Metro.

Menurut laporan, polis percaya individu itu terlibat dalam kegiatan jenayah mencuri kabel.

PGOKL berkata, seramai 12 anggota dan pegawai lain-lain pangkat terbabit dalam operasi menyelamat itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.