Reman suspek culik Albertine Leo disambung 6 hari

Reman suspek culik Albertine Leo disambung 6 hari

Tempoh reman suspek disambung bermula esok hingga Ahad ini.

Suspek berbaju lokap ungu dan tangan bergari tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru pagi tadi sambil dikawal rapi anggota polis. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Reman seorang lelaki disyaki terbabit kes culik kanak-kanak Albertine Leo Jia Hui, 6, disambung enam hari lagi.

Perintah lanjut reman terhadap lelaki 31 tahun itu dibenarkan Majistret Noorfazlin Hamdan di sini.

Tempoh reman disambung bermula esok hingga Ahad ini bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan kompleks mahkamah pada 8.50 pagi dengan baju lokap ungu dan tangan bergari sambil dikawal rapi anggota polis.

Kanak-kanak perempuan itu disedari hilang oleh bapanya pada 8.30 malam 20 Julai lalu di sebuah pusat beli-belah.

Mangsa ditemui selamat di sebuah hotel murah di Batang Kali pada 4.45 pagi 23 Julai lepas dan polis turut menahan seorang lelaki yang dijumpai bersamanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.