
Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus mengesahkan penahanan itu, lapor Malaysiakini.
Kelmarin, Fadil dilaporkan berkata kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penyebaran kandungan.
Ia selepas polis menerima tiga laporan satu video tular memaparkan dakwaan dua individu dipercayai ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan meminta ‘wang perlindungan’ di pusat urut terbabit.
Difahamkan, wang tersebut diminta sebagai balasan untuk mengelakkan tindakan terhadap premis berkenaan susulan aduan penduduk setempat.
Pada Khamis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh dilaporkan mengarahkan laporan polis dibuat dan siasatan segera dijalankan berhubung dakwaan itu.
Manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara berasingan menafikan sebarang penglibatan dengan aktiviti didakwa dilakukan oleh kedua-dua lelaki itu.