Sukar untuk Malaysia jadi ‘Harimau Asia’ semula, kata Zaid

Sukar untuk Malaysia jadi ‘Harimau Asia’ semula, kata Zaid

Bekas menteri berkata 'Harimau Asia' mempunyai ciri yang sama, termasuk penduduk yang berpendidikan tinggi, yang mencabar buat Malaysia.

Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim berkata pemimpin Malaysia pun tidak sebijak mereka dari negara yang digelar sebagai ‘Harimau’ sebenar.
PETALING JAYA:
Seorang bekas menteri berkata ia menjadi tugas berat buat Malaysia untuk menuntut semula status ‘Harimau Asia’, gelaran yang dipertikaikan veteran Umno hari ini.

Dalam catatan di X, Zaid Ibrahim berkata walaupun dari segi ekonomi Malaysia ‘Harimau Asia’ – istilah yang digunakan untuk menggambarkan ekonomi Taiwan, Korea Selatan, Singapura dan Hong Kong yang berkembang pesat pada 1990-an- ia masih merupakan jenis harimau kecil.

“Jadi ia adalah baik apabila Menteri Kewangan Kedua Amir (Hamzah Azizan), menegaskan komitmen kerajaan untuk menghidupkan semula ‘tag’ Harimau Asia, katanya.

Beliau menambah bahawa ‘Harimau Asia’ berkongsi ciri-ciri yang sama, termasuk penduduk yang berpendidikan tinggi, pendapatan eksport yang tinggi dan kadar simpanan yang tinggi.

Menurut Zaid, melahirkan rakyat terpelajar adalah bahagian paling mencabar bagi Malaysia jika mahu dianggap sebagai ‘Harimau Asia’.

“Pemimpin kita pun tidaklah sepandai mana jika dibandingkan dengan ekonomi Harimau sebenar. Alasannya jelas untuk dilihat, tetapi kita tidak akan mengubah sistem dan dasar pendidikan kita.”

Terdahulu, Amir dipetik sebagai berkata tinjauan positif daripada penganalisis dan agensi penarafan, disokong oleh angka ekonomi yang menggalakkan, menandakan Malaysia sedang mengorak langkah besar untuk untuk mendapatkan semula status ‘Harimau Asia’.

“Untuk mendapatkan semula status Harimau Asia bukan sekadar impian biasa. Kerajaan dan saya amat yakin bahawa kita boleh mencapai matlamat ini,” katanya.

Pagi tadi, FMT melaporkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai berkata bahawa Malaysia tidak pernah menjadi ‘Harimau Asia’, bertentangan dengan dakwaan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Bekas menteri kewangan itu berkata Malaysia tidak boleh dianggap ‘Harimau Asia’ memandangkan negara membiayai hampir keseluruhan projeknya, termasuk empangan dan lebuh raya, disebabkan pelabur asing menjauhi Malaysia. Beliau juga berkata ia hanya ilusi.

Malaysia pernah dikatakan sebagai ‘Harimau Asia’ kelima tetapi pertumbuhan ekonomi negara tergelincir oleh krisis kewangan Asia 1997.

Zaid seterusnya berkata beliau melihat dakwaan bahawa Malaysia tidak pernah mempunyai status ekonomi ‘Harimau’ sebagai usaha untuk mengabaikan sumbangan cemerlang Mahathir kepada pembangunan negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.