Cabul bayi 5 bulan, lelaki direman 7 hari

Cabul bayi 5 bulan, lelaki direman 7 hari

Difahamkan, lelaki itu ialah anak kepada pengasuh bayi terbabit.

handcuff
Suspek berusia 30-an itu direman tujuh hari mulai hari ini hingga 1 Ogos untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki direman tujuh hari sehingga 1 Ogos ini untuk membantu siasatan mencabul bayi perempuan lima bulan di Kubang Kerian, Kota Bharu.

Harian Metro melaporkan perintah reman suspek berusia 30-an itu dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Difahamkan, lelaki itu ialah anak kepada pengasuh bayi terbabit dan dia ditahan semalam susulan laporan polis dibuat ibu bapa mangsa.

Ketua Polis Kota Bharu, Mohd Rosdi Daud mengesahkan lelaki itu direman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.