
Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat, berkata pengasuh berusia 36 tahun itu ditahan kelmarin.
“Wanita itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Kita telah terima laporan daripada ibu bapa kanak-kanak itu berkaitan kejadian ini pada 4.38 petang di Balai Polis Dato’ Onn,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Dilaporkan, bapa kepada kanak-kanak itu yang merupakan seorang peniaga mengesan keadaan paha kiri anaknya bengkak dan tidak aktif selepas mengambil mangsa daripada kediaman pengasuhnya, pada 15 Julai.
Bapa mangsa kemudian membawa anaknya untuk pemeriksaan doktor sebelum disahkan paha kiri mangsa patah dipercayai berlaku di kediaman pengasuh.