Bayi patah paha di hospital disiasat

Bayi patah paha di hospital disiasat

Ketua Polis Kuala Muda Hanyan Ramlan berkata ia susulan satu laporan polis dibuat bapa bayi itu ketika mangsa mendapatkan rawatan akibat jaundis.

Hanyan Ramlan
Ketua Polis Kuala Muda, Hanyan Ramlan, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta kanak-kanak 2001, berkait penganiayaan selain pengabaian kanak-kanak. (Facebook pic)
PETALING JAYA:
Kes bayi berusia 13 hari patah paha ketika menerima rawatan akibat jaundis di sebuah hospital di Sungai Petani sedang disiasat.

Ketua Polis Kuala Muda, Hanyan Ramlan, berkata ia susulan satu laporan dibuat bapa bayi itu pada Isnin lalu.

“Kita masih jalankan siasatan lanjut berhubung perkara ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta kanak-kanak 2001,” katanya kepada Bernama.

Bapa bayi terbabit, Muhammad Nor Fadly Mohd Shaidi, 38, dilaporkan berkata, dia dan isterinya, Nor Shahila Abd Hamid, 34, hanya menyedari kejadian itu pada petang Ahad, selepas mendapati paha kanan bayi mereka dalam keadaan berbalut.

Nor Fadly berkata, semasa bayinya dilahirkan pada 28 April melalui kaedah pembedahan, keadaannya normal dan mampu menggerakkan anggota badan termasuk kedua-dua kaki dengan baik.

Kejadian itu kemudiannya tular yang turut memaparkan gambar keadaan bayi berkenaan yang sedang dirawat di hospital.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.