Timbalan KM P Pinang bercuti pendek

Timbalan KM P Pinang bercuti pendek

Timbalan Ketua Menteri Jagdeep Singh Deo berkata beliau kini berada di Seremban untuk mendapatkan nasihat doktor berhubung kecederaan buku lali.

Jagdeep Singh Deo dilantik sebagai timbalan ketua menteri Pulau Pinang pada Ogos 2023.
PETALING JAYA:
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo, memaklumkan beliau sedang bercuti untuk suatu tempoh yang pendek, di sebalik khabar angin beliau dinasihatkan untuk bercuti daripada tugasnya sebagai exco.

Jagdeep beritahu FMT bahawa beliau perlu selesaikan beberapa hal di Kuala Lumpur, dan akan bercuti bersama anak-anaknya.

Menurutnya, beliau kini berada di Seremban untuk mendapatkan nasihat doktor berhubung kecederaan buku lali, yang menyebabkan beliau mengalami sakit yang teruk sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Adun Datok Keramat juga sedang mendapatkan rawatan untuk psoriasis, iaitu keadaan kulit diliputi sisik keputih-putihan, yang dialaminya baru-baru ini.

FMT sedang mendapatkan komen Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Jagdeep dilantik sebagai timbalan ketua menteri, di samping Adun Batu Maung, Mohamad Abdul Hamid, pada Ogos menyusuli PRN.

Terdahulu, The Star yang memetik sumber melaporkan ahli exco tertentu mula bercuti hari ini selepas dinasihatkan berbuat demikian, agar beliau boleh selesaikan masalah peribadi.

Tanpa menamakan individu itu, laporan itu berkata isu peribadi itu memberi kesan kepada beliau menjalankan tugasnya sebagai exco.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.