2 mayat wanita ditemukan dalam kereta

2 mayat wanita ditemukan dalam kereta

Dipercayai mangsa telah meninggal dunia lebih lima hari berdasarkan keadaan mayat.

Dua mayat wanita itu yang belum dikenal pasti identiti dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.
PETALING JAYA:
Dua mayat wanita dipercayai kembung dan berbau busuk ditemukan dalam sebuah kereta di tepi jalan berdekatan Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam.

Penemuan mayat itu disedari orang awam pada 5.30 petang semalam yang melalui kawasan itu sebelum membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Jurucakap bomba Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba Perda ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan meminta bantuan membuka pintu kereta terkunci.

“Sebaik tiba pasukan penyelamat yang lengkap dengan pemakaian PPE (pakaian perlindungan diri) berjaya membuka pintu kereta yang terkunci menggunakan peralatan khas.

“Terdapat dua mayat perempuan dewasa berada di tempat duduk hadapan kereta berkenaan yang kemudian pihak kita menyerahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya,” katanya menurut Harian Metro.

Menurut laporan itu, dua mangsa berusia lingkungan 20-an mungkin meninggal dunia lebih lima hari berdasarkan keadaan mayat.

Mayat kedua-dua wanita terbabit dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk proses bedah siasat dengan identiti mangsa belum dapat disahkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.