Bapa ‘Baby Syifaa’ ditahan

Bapa ‘Baby Syifaa’ ditahan

Lelaki itu dilaporkan ditahan bagi membantu siasatan ke atas dakwaan penipuan urusan yuran guaman.

handcuff
Polis menahan lelaki itu di Kuala Lumpur pada 2.45 petang Selasa untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
PETALING JAYA:
Bapa kepada Nour Rania Asyifaa Yuseri atau “Baby Syifaa” ditahan semalam bagi membantu siasatan ke atas dakwaan penipuan urusan yuran guaman.

Berita Harian memetik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf berkata lelaki itu ditahan di Kuala Lumpur pada 2.45 petang Selasa untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan lelaki itu yang juga aktivis memperjuangkan kes penganiayaan, didakwa menyeleweng sumbangan orang ramai disalurkan ke akaun syarikat ditubuhkannya, YY Community Centre.

Bekas peguam pemerhati keluarga Baby Syifaa, Hafiz Norkhan dilaporkan menafikan wang itu diguna untuk memulakan kerja bagi mewakili kes.

Menurutnya, beliau tidak tahu namanya digunakan dan hanya mengetahuinya selepas diberitahu mangsa serta pengadu lain, sebelum membuat laporan polis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.